Hari Pengenalan Maxis eKelas 2018
13 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
12 Januari 2018 – Maxis eKelas 2018, Tahun Baru Konsep Baru. Itu yang dijanjikan oleh Team eKelas Maxis bagi menambahbaikkan program eKelas bagi tahun ini.
Maka dengan itu, satu taklimat pengenalan dan pendaftaran telah diadakan bersama calon-calon peserta eKelas 2018 di Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 12 Januari 2018 yang lalu dan dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar baru.
Taklimat yang disempurnakan oleh Encik Herman Mizar Azmi daripada Maxis telah diadakan secara komunikasi video dengan menggunakan Zoom Online. Di dalam sidang video tersebut, beliau menerangkan konsep eKelas 2018 dan beberapa perubahan yang bakal dilakukan dari segi :
1. Sesi Tutorial Secara Langsung (ataupun Live Tutorial – LT) yang akan berdasarkan kepada aktiviti dan penajaman kemahiran.
2. eKelas akan dibahagikan kepada 3 penggal yang mengandungi 7 minggu untuk setiap penggal.
3. Pemarkahan, aktiviti berkumpulan dan ganjaran hebat yang bakal menanti pelajar.
Selain itu, peserta turut diajar cara mendaftar dan menggunakan portal ekelas.com.my bagi tujuan ulangkaji, live tutorial dan berhubung dengan peserta eKelas dari PI-PI lain di seluruh Malaysia.
Diharap dengan cara pembelajaran baharu ini dapat menarik pelajar-pelajar untuk datang beramai-ramai menghadiri eKelas di PI ini nanti. Sebelum bersurai, peserta baru diminta untuk mengisi borang pendaftaran secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: